Akhirnya setelah beberapa bulan menunggu, kami tampil dengan promosi versi digital :).
Selamat datang ke sambalsambal lunchpek!
RM5 untuk setiap lunchpek termasuk caj penghantaran.
Yep, RM5! Murah kan?
Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran makan tengahari (lunch pack) terus ke tempat anda - tak kira di pejabat mahu pun di rumah! Kini anda tak perlu lagi risau atau tension kalau anda terpaksa "mengkandaskan" diri anda dengan kerja-kerja di pejabat. Hubungi sambalsambal lunchpek dan yep, kami akan pastikan hidangan tengahari anda sampai pada waktu yang sepatutnya. Yep, sudah tentu waktu makan tengahari anda! :)
Konsep hidangan tengahari kami ialah "lauk berlawan". Kebiasaannya tak sah menikmati nasi kalau tak ditemani dengan sambal. Tak kira sambal belacan, goreng berlada/bersambal, sambal colek mahupun sambal tumis! Apa-apa pun jadi sedap jika dimakan dengan sambal! Maka, kami menghasilkan paduan lauk tengahari kami dengan beraneka jenis sambal sebagai "lawan" kepada lauk utama yang kami sediakan di samping sayur sebagai pelengkap hidangan. Anda boleh lihat senarai menu kami dan anda akan dapati setiap hidangan utama akan digandingkan dengan beraneka jenis sambal.
PEDAS? Jangan risau!! Walaupun kebanyakan kakitangan kami berasal dari Negeri Sembilan, tetapi kami amat bertimbangrasa dari segi tahap kepedasan :) Jadi, anda tidak perlu gusar kerana sambalsambal lunchpek sedia dimakan oleh semua golongan, insya allah.
Jadi, apa lagi yang ditunggu? Orderlah sekarang! Gerenti anda puas hati!
bila masa puan el sempat masak???
ReplyDeletetukang masak sambalsambal yang masak :)
ReplyDeletepekpek lunch pek sambalsambal...
ReplyDeletemenu tuka sitiap hari? mksd saya, minggu ni menu lain2, adekah minggu depan direpeat balik? contoh senin asam pedas khaw2, then senin depan asam pedas lagi?
saudara ink,
ReplyDeletesila rujuk pada page 'terkini!'. kami dah menyediakan senarai lauk pauk utk minggu hadapan. menu kami akan bertukar2 dan tidak terhad pada lauk yang sama setiap minggu. sekiranya kebetulan kami buat asam pedas pada isnin minggu depan, kami tukarkan lauknya :)
saya harap penjelasan ini menjawab soalan saudara :)