Konsep hidangan tengahari kami ialah "lauk berlawan". Kebiasaannya tak sah menikmati nasi kalau tak ditemani dengan sambal. Tak kira sambal belacan, goreng berlada/bersambal, sambal colek mahupun sambal tumis! Apa-apa pun jadi sedap jika dimakan dengan sambal! Maka, kami menghasilkan paduan lauk tengahari kami dengan beraneka jenis sambal sebagai "lawan" kepada lauk utama yang kami sediakan di samping sayur sebagai pelengkap hidangan. Anda boleh lihat senarai menu kami dan anda akan dapati setiap hidangan utama akan digandingkan dengan beraneka jenis sambal.
Menu yang kami sediakan adalah "on weekly basis". Maknanya setiap minggu kami akan senaraikan lauk-pauk yang kami akan sediakan pada sesuatu minggu tersebut.
Di sini anda mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan sama ada hendak:
- membuat pesanan pada keseluruhan minggu tersebut, ATAU
- membuat pesanan pada hari-hari tertentu, ATAU
- membuat pesanan setiap hari
Untuk pilihan nombor 3, anda boleh membuat pesanan PALING LEWAT pada pukul 10 pagi. Ini adalah untuk kemudahan kami dalam memastikan agar pesanan-pesanan anda dapat dihantar tepat pada waktu makan tengahari setiap hari.
Waktu penghantaran adalah antara pukul 1130 hingga 1230 tengahari, bergantung kepada keadaan (kesesakan jalan raya terutamanya. Ini terjadi semasa kami membuat penghantaran di sekitar bandar Klang).
Walau bagaimanapun kami akan memastikan pesanan anda akan tiba sebelum atau tepat pada waktu makan tengahari anda :)
No comments:
Post a Comment